15 October 2013

Salam Aidil Adha


ASSALAMUALAIKUM 

Saat berderai jatuh titisan air mata suci Ibrahim, Melihatkan keteguhan iman Anaknya Ismail. Dikala itulah bermulanya sejarah agung Erti Sebuah Pengorbanan.

Kawan-kawan , Salam Aidil Adha :D



Semoga ianya memberi pengertian yang besar dan bermakna dalam hidup kita. 

Kepada mereka yang menjalankan ibadah haji, semoga ibadah anda di berkati dan beroleh Haji Mabrur. Kepada yang melakukan ibadah korban, semoga ianya di terima oleh Allah SWT. Pengertian korban itu teramat besar, semoga kita memperoleh rahmat di hari yang mulia ini.





13 June 2013

Pandai nasihatt , tapiiiii

ASSALAMUALAIKUM,

Entry kali ni aku nak share dekat korang video MatLuthfi . Yang sngat ohsem nihh . Bro , waa respect la sama luu . Idea yang sangat bernas dan mungkin takdak orang yang boleh pikir untuk lakukan seperti ini .


Dunia hari ini memang banyak manusia yang sebegini .

Setiap orang ada kesilapan dan kesalahan, pelbagai cara boleh kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan
 orang lain. tapi, janganlah menggunakan kekerasan.
"Jika orang lain jahat, banyak melakukan dosa, jangan umpamakan diri dan tak semestinya kita ini terlalu baik dan tak melakukan dosa langsong  "

''tp bila 'haa da satu masalah dpan mata' ang x reti nak selesai kn''
Aku memang setuju apa yang matluthfi ckap nihh . People just cant do it when things happen in front of them. 

Kita Jangan tau nak cakap je , cuba selidik dulu apa masalah kawan kita tuh . Sebagai kawan,
sepatutnya boleh membantu kawan yang mengalami kesusahan bukannya mencari kesalahan kawan tersebut.
Memang ye , aku banyak kenal jenis orang yang berperwatakan macam ni .Tapi , entahlah .Bila nak ditegur dikatanya semuanya kita yang salah .
Kita hidup ini jangan cepat sangat menghukum sebaliknya selidik terlebih dahulu sebelum 
membuat sesuatu tindakan. 
Tak salah kan ? 
Memang kita tau kawan kita tuh berada di tempat yang salah , iaitu tempat yang boleh membawa kepada perkara yang menyalahi hukum Allah dan terdorong kepada perbuatan maksiat yang mana boleh terjerumus seseorang ke neraka jahanam .
Tapi cuba kita , sebagai seorang sahabat beri peringatan , nasihat dengan cara yang baik .slow talk , apa masalah kawan kita tu . Tapi , bukan memaki hamun dengan kata-kata yang kesat .Sehingga boleh menjatuhkan air muka kawan kita tu .Kalau dah gitu memang payah la beliau nak berubah . ye tak ?

Realiti insan ,
Fikir-fikirkanlahh .
wassalam .
:)

11 June 2013

Hai Farabians

ASSALAMUALAIKUM.

Ok , entry hari nih dinamakan entry telus dari hati, cepat untuk mengelakkan kebosanan diri dan laju-laju untuk taip ,sepantas kilat supaya takdak satu pon hilang idea nih .
Dan entry kali nih jugak untuk kawan-kawan farabi yang sentiasa dihati .


Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,
Sahabat sejati menjadi pendorong impian,
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan ALLAH.

Ameen Ameen .
Insya-ALLAH . Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat. Walaupun ada diantara kita yang kecundang dalam medan pertempuran . Tapi , jangan bersedih .Ada hikmah disebalik semua ni . Hanya doa kepada -NYA yang perlu meniti di bibir kita setiap hari .
 Kawan-kawan , 
SEE U D IPT


Wassalam 



24 April 2013

15 March 2013

Bagaimana nak dapatkan Kemanisan Iman ?

ASSALAMUALAIKUM.

Daripada Anas R.A , Rasulullah S.A.W bersabda :

Tiga perkara yang barangsiapa yang mendapatnya terasalah dia akan kemanisan iman :

  • ALLAH dan Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain .

  • Mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain , melainkan kerana ALLAH

  • Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



sama - sama kita kuatkan iman kita :D

wasalam.






26 February 2013

10 Perkara yang forsure korang penah buat .

ASSALAMUALAIKUM.


Ha mesti ada diantara korang yang penah buat benda-benda kat atas ni .
Aku pon tak terkecuali jugak . for sure la penah buat kan . sumpah tak tipu !
kalau yang tang :

1.
( baring pon bolehh )

 Bila dah rase malas sangat nak makan tahap dewa. mula la buat perangai yang tak berape nak semegah tu .
2
Ha . yang bende ni aku tak pernah cuba . Mungkin terase nak terlebih ekstrem gitu .Tapi kalau mengira berapa bijik tangga kat sekolah selalu la aku buat.

3.
Yang ni pon lawak jugak . sumpah takde keje .Aku pon penah menerai benda ni . konon nak tengok bila tutup peti ais itu . lampu tu bukak ke idak . tapi sebenarnye tak nampak apa-apa pon . itu fakta ok bukan auta .

4.

Berebut pasai nak tekan butang lif ni satu perkara yang sangat jakun . haiyh , orang jarang dok masuk lif macam gini la rupanyer . Tak dengan kengkawan dgn adik aku pon boleh jadii .

5.

 Menekan pen kaler-kaler bertujuan nak membisingkan keadaan .kadang-kadang bende tu jadi macam tabiat yang payah nak hilang lah . haiyh sampai kene sound dengan cikgu la aku nak habak mai . bila pikir balik macam tak de keje je . tapi ,sumpah terase sangat ohsemm 

6.
  Yang ni, tang nak merase tak menyempat-nyempat . kadang-kadang kalau buat adunan kek yang terang-terang masuk telur . Rase hanyir tu pon main bedal je . Haku kesah hapee

( kononyer nak jadi hero.cek google tak menyimpan pulak gambar sepatutnyer . haiyahh )

 Yang ikat towel keliling leher ni aku tak penah buat . tapi aku selalu tengok adik aku buat lah . haha sumpah takde keje .Konon nak eksyen dia lah superhero yang terhebat di abad ni . 

 
  Bercakap dengan kipas ni .dah memang aku selalu buat masa kecik-kecik dulu .Sungguh aku terase suara aku lebih sedap daripada penyanyi yang tersohor kat dalam dunia ni. lagi-lagi bila nak nyanyi , full time aku habiskan masa depan kipas . dah tu bila dok depan kipas pulak eksyen rambut mengerbang macam video klip retiss suka buat tu .memang feeling habis lah . 

9 .
Yang menyanyi lagu tema 20th century ni aku tak penah buat pasai aku bukan minat sangat nak tengok cite omputih ni . Kalau kartun omputih aku melayan la jugak .Haiyhh bukan same je ke cikpyqah oiii .. Tapi , kalau korang ingat lagi citer oggy and the cockroaches ni aku suka la mengikut runut bunyi dia . takpun seakan-akan miming konon macam reti nyanyi sngat lah . konon je lah .

10 .
gambar belas ehsan cek google

  Ha tang naik atas kerusi tinggi ni dah memang rajin sngat buatnyer .Konon bila buat ni terase aku lah yang paling tinggi di abad ini . kah kah serupa (gelak jahat)

begitulah flashback saya :)

wssalam 

19 February 2013

Jom BERKASIH SAYANG

ASSALAMUALAIKUM

Aku nak share sikit apa yang aku baca dengan korang cara-cara RASULULLAH S.A.W berkasih sayang . Sebelum aku teruskan entry ni dengan lebih panjang lagi . Apakata , kawan-kawan semua .Bila seseorang itu berselawat kepada nabi S.A.W . kita menjawabnye . tak gitu ? senang je kan ! tak susah pon .



Perintah berselawat ke atas nabi SAW datang secara umum dari nas al-Quran. Baginda SAW menyifatkan orang yang tidak berselawat apabila disebut nama baginda SAW sebagai bakhil. Sabdanya: 
الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ ثُمَّ لَمْ يُصَلِّ عَلَيّ 
"Orang yang bakhil adalah sesiapa yang aku disebut di sisinya kemudian dia tidak berselawat ke atasku" Hadith riwayat Ahmad dan disahihkan oleh al-Albani.

Ha baca tu ! ALLAH HUAKHBAR ! Mudah-mudahan kita tak tergolong dalam kalangan orang yang bakhil dan dijauhi dari segala sifat dan perangai yang boleh ke arah perkara yang mazmumah . minta simpang !

Seperti yang kita ketahui , tiada contoh yang terbaik buat umat islam melainkan peribadi nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W .Baginda diutus sebagai utusan Allah yang memiliki beribu kebaikan untuk diikuti. Antaranya ialah :
  • Suatu ketika dahulu ,pernah berlaku dimana seorang Arab Badwi membuang air kecil di suatu sudut di dalam masjid. Perkara kotor ini mendatangkan kemarahan kepada sahabat-sahabat Nabi Muhammad. Baginda pula hanya berdiam diri dan tunggu hingga si polan melunaskan hajatnya. Selepas itu baginda tidak kekok membasuh najis tersebut lalu memberitahu tentang adab-adab ketika di masjid kepada si polan tersebut .
  • Ketika berhijrah ke kota Madinah dan memulakan sesi dakwahnya ,Rasulullah telah dibaling batu oleh kanak-kanak dan golongan dewasa penduduk kota tersebut. Pernah ia berlaku ketika baginda sedang menunaikan solat , namun baginda langsung tidak memarahi mereka. Malah ,baginda berdoa , "Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku , mereka tidak mengetahui tentangku."
  • Rasulullah seorang yang baik hati kerana selalu membantu sahabat dan umatnya tanpa mengira latar belakang mereka. Jika ada yang memerlukan pertolongannya , baginda akan sedaya upaya membantu .Sikap prihatin ini perlu diikuti kerana Rasulullah pernah bersabda , "Barangsiapa yang menunaikan satu hajat saudaranya , ALLAH akan tunaikan 70 hajatnya." Wallahua'lam
  • Tertulis dalam sejarah di mana ada seorang wanita tua bukan dari golongan islam selalu membaling najis dan meletakkan duri disepanjang jalan yang dilalui oleh Rasulullah. tetapi, baginda langsung tidak menghiraukan kelakuan buruk wanita tersebut malah menziarahinya ketika dia uzur.Dia terharu melihat kebaikan baginda lalu memeluk islam.
Subhanallah , menitik air mata aku :'( . Bila baca . Mulia sungguh sifat Rasulullah S.A.W . Macam-macam dugaan yang baginda tempuh masa nak kembangkan islam ni dulu. kena baling najis la ,  batu la tapi baginda tetap bersabar .Rasulullah memang terlalu sayangkan kita , tapi kita 
sebagai umat baginda . Sayang tak ? macam mana baginda sayangkan kita ? 
kalau kita lah kat tempat baginda . sanggup tak kita nak tempuh apa yang baginda tempuh ?
ALLAHU AKHBAR !

cara berkasih sayang macam ni kan lagi suweeet ?



:)
Sayanggg Rinduuuu Cintaa RASULULLAH

:'(