ASSALAMUALAIKUM ..
Selamat menyambut bulan ramadhan , hope kita dapat jadi mukmin yang sejati , sempena bulan ramadhan yang barakah ni. Untuk awal ramadhan ni serious aku memang excited betul , mana tak nya lepas puasa , raya , lepas raya , peksa ! Alahai peksa ? ? gedebek sebijik . Alahai tang exam yang den mula nak tarik muka .. homaigodd stpm in the corner . Serious aku cuak . . . totttt ! adei , tukar mood
okelah kalau cerita pasai exam sampai bila pun tak abis , namanya pon student kan ? so, haruslah terima . harus oke ! okelah untuk entry kali ini aku nak share dengan korang kelebihan bulan ramadhan .
Sepertimana sabda rasulullah :
- : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
- a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
- b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
- c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
- d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
- e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith )
- Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
- Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga. Sabda Nabi (s.a.w)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
ha , punye banyak la kelebihan bulan ramadhan ni . so , harap sama2 la kita mengerjakan ibadat puasa ni dengan ikhlas untuk mengejar rahmat dari ALLAH swt .
^
|
sila patuhi rambu-rambu dia atas oke :)
dan ,
selamat beramal
No comments:
Post a Comment
♥ tinggalkan komen korang kat sini ♥