18 December 2012

Hati kita BUTA sebab >>?

ASSALAMUALAIKUM . 

okeyh , finally exam stpm dah abis . yeahh ! . so , now duduk rumah aku dok membesarkan lemak yang sedia ada lah nampaknyer . hehe . kononyerlah nak diet sakan ! sudahnyer koya je tak buat-buat huhu . okelah , disebabkan idea skarng makin mencurah-curah fresh idea konon dak  baru abis exam  lah katakan . okeyh , untuk yang pertama kali setelah sekian lama tak mengupdate ini belog . (alolo kecian dia dah bersarang ye ) ~konon nak memujuk bagai .

okeyh , kita pergi pada tajuk yang asalnyer ..  macam korang nampak title diatas ,aku  ader tanya hati kita buta sebab apa? okeyhh ,
boleh jawab ? tetttttt mase tamaat . . (kejam botoi) ~ngeh2  . 


Ibrahim bin Adham , seorang ahli tasawuf yang masyur, dikerumuni
orang ramai semasa beliau ke pasar Basrah. Ada di antara mereka 
bertanya ,mengapa doa mereka tidak dimakbulkan oleh ALLAH,
sedangkan mereka sering berdoa kepada-NYA? Maka beliau 
menjawab ," kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara .. " 
10 perkara yag disebut oleh Ibrahim bin Adham adalah :
^
^


1 . Kamu mengenal ALLAH S.W.T , tetapi kamu tidak tunaikan hak-haknya 


2 . Kamu mencintai Rasulullah tapi kamu menolak SUNAHNYA 


3 . Kamu membaca AL-QURAN tetapi kamu tidak beramal dengannya


4 . Kamu makan nikmat ALLAH S.W.T tetapi kamu tidak mensyukurinya


5 . Kamu berkata syaitan itu musuh kamu tetapi tidak menentangnya 


6 . Kamu berkata bahawa SYURGA itu benar tetapi tidak beramal untuknya


7 . Kamu berkata bahawa neraka itu benar tetapi tidak lari daripadanya


8 . Kamu berkata mati itu benar tetapi tidak bersedia baginya 


9 . Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia sehinga lupa keaiban sendiri


10 . Kamu kebumikan mayat tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka


So, sama-samalah kita mengambil iktibar dengan setiap apa yang berlaku .Setiap musibah yang berlaku
adalah suatu ujian yang ALLAH berikan kepada hambanya untuk mengetahui tahap-tahap keimanan hamba-hambanya sama ada soleh atau tidak . Marilah kita mencari redha ilahi dan seterusnya ,dapat mencapai kemanisan iman :)

SELAMAT BERAMAL .

~Apabila kau sibuk dengan duniamu ,Maka Akhiratmu akan luput~









20 July 2012

Kelebihan Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM ..

Selamat menyambut bulan ramadhan , hope kita dapat jadi mukmin yang sejati , sempena bulan ramadhan yang barakah ni. Untuk awal ramadhan ni serious aku memang excited betul , mana tak nya lepas puasa , raya , lepas raya , peksa ! Alahai peksa ? ?  gedebek sebijik . Alahai tang exam yang den mula nak tarik muka .. homaigodd stpm in the corner . Serious aku cuak  . . . totttt ! adei , tukar mood 

okelah kalau cerita pasai exam sampai bila pun tak abis , namanya pon student kan ? so, haruslah terima . harus oke !  okelah untuk entry kali ini aku nak share dengan korang kelebihan bulan ramadhan .

Sepertimana sabda rasulullah :
  •  : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith )

  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga. Sabda Nabi (s.a.w) 
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)



ha , punye banyak la kelebihan bulan ramadhan ni . so , harap sama2 la kita mengerjakan ibadat puasa ni dengan ikhlas untuk mengejar rahmat dari ALLAH swt . 


^
|
sila patuhi rambu-rambu dia atas oke :)

dan ,


selamat beramal