18 December 2012

Hati kita BUTA sebab >>?

ASSALAMUALAIKUM . 

okeyh , finally exam stpm dah abis . yeahh ! . so , now duduk rumah aku dok membesarkan lemak yang sedia ada lah nampaknyer . hehe . kononyerlah nak diet sakan ! sudahnyer koya je tak buat-buat huhu . okelah , disebabkan idea skarng makin mencurah-curah fresh idea konon dak  baru abis exam  lah katakan . okeyh , untuk yang pertama kali setelah sekian lama tak mengupdate ini belog . (alolo kecian dia dah bersarang ye ) ~konon nak memujuk bagai .

okeyh , kita pergi pada tajuk yang asalnyer ..  macam korang nampak title diatas ,aku  ader tanya hati kita buta sebab apa? okeyhh ,
boleh jawab ? tetttttt mase tamaat . . (kejam botoi) ~ngeh2  . 


Ibrahim bin Adham , seorang ahli tasawuf yang masyur, dikerumuni
orang ramai semasa beliau ke pasar Basrah. Ada di antara mereka 
bertanya ,mengapa doa mereka tidak dimakbulkan oleh ALLAH,
sedangkan mereka sering berdoa kepada-NYA? Maka beliau 
menjawab ," kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara .. " 
10 perkara yag disebut oleh Ibrahim bin Adham adalah :
^
^


1 . Kamu mengenal ALLAH S.W.T , tetapi kamu tidak tunaikan hak-haknya 


2 . Kamu mencintai Rasulullah tapi kamu menolak SUNAHNYA 


3 . Kamu membaca AL-QURAN tetapi kamu tidak beramal dengannya


4 . Kamu makan nikmat ALLAH S.W.T tetapi kamu tidak mensyukurinya


5 . Kamu berkata syaitan itu musuh kamu tetapi tidak menentangnya 


6 . Kamu berkata bahawa SYURGA itu benar tetapi tidak beramal untuknya


7 . Kamu berkata bahawa neraka itu benar tetapi tidak lari daripadanya


8 . Kamu berkata mati itu benar tetapi tidak bersedia baginya 


9 . Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia sehinga lupa keaiban sendiri


10 . Kamu kebumikan mayat tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka


So, sama-samalah kita mengambil iktibar dengan setiap apa yang berlaku .Setiap musibah yang berlaku
adalah suatu ujian yang ALLAH berikan kepada hambanya untuk mengetahui tahap-tahap keimanan hamba-hambanya sama ada soleh atau tidak . Marilah kita mencari redha ilahi dan seterusnya ,dapat mencapai kemanisan iman :)

SELAMAT BERAMAL .

~Apabila kau sibuk dengan duniamu ,Maka Akhiratmu akan luput~









2 comments:

  1. weyh , best koottt .. ak ska laa ..
    huhuhu ... t wat lgi tau ..

    ---> kyla kiki <3

    ReplyDelete

♥ tinggalkan komen korang kat sini ♥