19 February 2013

Jom BERKASIH SAYANG

ASSALAMUALAIKUM

Aku nak share sikit apa yang aku baca dengan korang cara-cara RASULULLAH S.A.W berkasih sayang . Sebelum aku teruskan entry ni dengan lebih panjang lagi . Apakata , kawan-kawan semua .Bila seseorang itu berselawat kepada nabi S.A.W . kita menjawabnye . tak gitu ? senang je kan ! tak susah pon .



Perintah berselawat ke atas nabi SAW datang secara umum dari nas al-Quran. Baginda SAW menyifatkan orang yang tidak berselawat apabila disebut nama baginda SAW sebagai bakhil. Sabdanya: 
الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ ثُمَّ لَمْ يُصَلِّ عَلَيّ 
"Orang yang bakhil adalah sesiapa yang aku disebut di sisinya kemudian dia tidak berselawat ke atasku" Hadith riwayat Ahmad dan disahihkan oleh al-Albani.

Ha baca tu ! ALLAH HUAKHBAR ! Mudah-mudahan kita tak tergolong dalam kalangan orang yang bakhil dan dijauhi dari segala sifat dan perangai yang boleh ke arah perkara yang mazmumah . minta simpang !

Seperti yang kita ketahui , tiada contoh yang terbaik buat umat islam melainkan peribadi nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W .Baginda diutus sebagai utusan Allah yang memiliki beribu kebaikan untuk diikuti. Antaranya ialah :
  • Suatu ketika dahulu ,pernah berlaku dimana seorang Arab Badwi membuang air kecil di suatu sudut di dalam masjid. Perkara kotor ini mendatangkan kemarahan kepada sahabat-sahabat Nabi Muhammad. Baginda pula hanya berdiam diri dan tunggu hingga si polan melunaskan hajatnya. Selepas itu baginda tidak kekok membasuh najis tersebut lalu memberitahu tentang adab-adab ketika di masjid kepada si polan tersebut .
  • Ketika berhijrah ke kota Madinah dan memulakan sesi dakwahnya ,Rasulullah telah dibaling batu oleh kanak-kanak dan golongan dewasa penduduk kota tersebut. Pernah ia berlaku ketika baginda sedang menunaikan solat , namun baginda langsung tidak memarahi mereka. Malah ,baginda berdoa , "Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku , mereka tidak mengetahui tentangku."
  • Rasulullah seorang yang baik hati kerana selalu membantu sahabat dan umatnya tanpa mengira latar belakang mereka. Jika ada yang memerlukan pertolongannya , baginda akan sedaya upaya membantu .Sikap prihatin ini perlu diikuti kerana Rasulullah pernah bersabda , "Barangsiapa yang menunaikan satu hajat saudaranya , ALLAH akan tunaikan 70 hajatnya." Wallahua'lam
  • Tertulis dalam sejarah di mana ada seorang wanita tua bukan dari golongan islam selalu membaling najis dan meletakkan duri disepanjang jalan yang dilalui oleh Rasulullah. tetapi, baginda langsung tidak menghiraukan kelakuan buruk wanita tersebut malah menziarahinya ketika dia uzur.Dia terharu melihat kebaikan baginda lalu memeluk islam.
Subhanallah , menitik air mata aku :'( . Bila baca . Mulia sungguh sifat Rasulullah S.A.W . Macam-macam dugaan yang baginda tempuh masa nak kembangkan islam ni dulu. kena baling najis la ,  batu la tapi baginda tetap bersabar .Rasulullah memang terlalu sayangkan kita , tapi kita 
sebagai umat baginda . Sayang tak ? macam mana baginda sayangkan kita ? 
kalau kita lah kat tempat baginda . sanggup tak kita nak tempuh apa yang baginda tempuh ?
ALLAHU AKHBAR !

cara berkasih sayang macam ni kan lagi suweeet ?



:)
Sayanggg Rinduuuu Cintaa RASULULLAH

:'(




4 comments:

  1. rindu Rasulullah juga..kalau kita baca kisah beliau, kasih syg dia dgn umatnya, lagi kita rasa sedih dan rindu..berharap sgt dapat bertemu dengan Rasulullah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sngatt :) .. doa2 bnyak semoga kita dapat peluang bertemu dengan Rasulullah :'(

      Delete
  2. Suka baca entry nie.Thanks share kat blog :)

    ReplyDelete

♥ tinggalkan komen korang kat sini ♥